Apakah Kempen GAIN Future Fortified?

Lebih 12 juta penduduk di Tanduk Afrika berisiko menghidap penyakit dan menghadapi nutrisi yang tidak seimbang akibat kemarau, harga makanan yang semakin meningkat dan konflik yang meluas. Kempen baharu GAIN Future Fortified bertujuan meningkatkan kehendak awam dan politik untuk nutrisi sihat serta membantu berjuta-juta wanita dan kanak-kanak di seluruh dunia mengakses nutrien penting.

Sebagai respons kepada krisis di Afrika, Herbalife dan DSM telah membuat komitmen awal bersama, yang diumumkan pada Inisiatif Global Clinton pada 21 September, 2011, untuk menyediakan paket nutrisi yang berkesan dari segi kos yang akan diagihkan di Ethiopia dan Kenya untuk meningkatkan bantuan makanan dan mengisi jurang nutrisi yang asas. Dalam peringkat kedua perkongsian ini, kita akan membangunkan model bisnes jangka panjang berasaskan pasaran menggunakan kekuatan setiap rakan kongsi untuk memastikan bahawa produk berkhasiat yang mampu dimilik dan boleh didapati oleh penduduk yang memerlukannya setiap hari.


Mengapa Herbalife?

Keluarga pengedar dan pekerja Herbalife komited dalam memperbaiki tabiat nutrisi orang ramai di seluruh dunia. Krisis kemanusiaan yang berlaku di Tanduk Afrika telah membawa kepada keperluan pemakanan yang akut. Kami bekerja dalam perkongsian dengan GAIN dan DSM untuk menangani keperluan segera dan jangka panjang nutrien beratus-ratus ribu wanita dan kanak-kanak.


Bagaimanakah Kami Membantu?

Herbalife dan DSM telah membuat sumbangan permulaan sebanyak 20 juta paket serbuk MixMe™. Pek khas nutrien yang mengandungi vitamin dan mineral penting yang dibangunkan oleh DSM menyediakan Pengambilan Nutrien Disyorkan (RNI) daripada UNICEF dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Kandungan paket ini boleh ditabur di atas makanan atau minuman dan menyediakan orang ramai dengan keperluan harian vitamin dan mineral penting yang mereka tidak akan dapat dengan diet harian mereka yang kurang lengkap. MixMe™adalah sesuai khususnya untuk memerangi malnutrisi dalam kalangan bayi kerana ia tidak mempunyai rasa apa-apa dan tidak mengubah warna atau ketekalan makanan. Pada masa yang sama, kami meneroka pendekatan jangka panjang, mapan untuk menangani punca malnutrisi di rantau ini.


Herbalife adalah Ahli Berbangga dengan Persatuan Jualan Langsung dan Penandatangan DSA Kod Etika


ms-MY | 24/08/2017 3:39:03 | NAMP2HLASPX01