Pengasas Kami

"Memperkenalkan nutrisi seimbang kepada berjuta-juta orang di seluruh dunia adalah satu impian yang menjadi kenyataan bagi saya."
— Mark Hughes, 1956-2000      


Mark Hughes meninggal dunia pada tahun 2000, tetapi visi beliau untuk menukar kehidupan orang ramai membantu menguruskan berat badan mereka, mendapatkan kembali kesihatan mereka dan mencari kemakmuran kewangan - terus berkembang maju.



Hari ini, kira-kira 2.3 juta Pengedar Bebas Herbalife di lebih daripada 80 buah negara menjadikan impian mereka untuk kehidupan yang lebih sihat dan kebebasan kewangan menjadi kenyataan.

"Anda tidak boleh menghalang idea yang bagus daripada bertapak dan disebarkan.”
Visi luar biasa dan komitmen yang menginspirasikan Mark Hughes untuk menubuhkan Herbalife bermula sewaktu beliau masih muda. Pada 1980, Mark melancarkan Herbalife dengan menjadi Pengedar pertama menjual produk nutrisi.

Apabila semakin banyak orang mencuba produk dan mengalami hasil yang positif, bisnes berkembang dengan sungguh pesat. Mark mengembangkan rangkaian Pengedar yang berkongsi visinya, yang ghairah tentang produk dan bersemangat mengenai peluang perniagaan.

"Melalui usaha anda, ramai telah menemui dunia baru peluang dan harapan yang kekal untuk masa depan.”
Apabila bercakap dengan orang yang bertemu Mark, mereka akan memberitahu anda bagaimana beliau memotivasi mereka untuk menyatakan kesanggupan mereka untuk mencapai peringkat yang lebih tinggi secara peribadi dan profesional. Beliau menginspirasikan orang ramai daripada semua lapisan masyarakat melalui kepercayaannya dalam keupayaan orang untuk mengubah kehidupan, bermula dengan diri mereka sendiri. Mark percaya bahawa satu orang sahaja boleh mencipta perubahan dan perubahan itu adalah dunia yang lebih sihat.

"Saya yakin masa depan akan cemerlang tanpa bandingannya.”
Untuk memperingati jasa perintisan Mark dalam pengurusan berat badan dan nutrisi, Herbalife membantu menubuhkan Makmal Nutrisi Sel & Molekular Mark Hughes di UCLA pada tahun 2003, didedikasikan untuk penyelidikan nutrisi.

Herbalife adalah Ahli Berbangga dengan Persatuan Jualan Langsung dan Penandatangan DSA Kod Etika


ms-MY | 16/10/2017 18:47:11 | NAMP2HLASPX01