Sains Kami
Semua yang kami lakukan bermula dengan produk yang hebat; dan kesemua produk kami bermula dengan sains yang terbukti. Herbalife dengan penuh dedikasi membangunkan produk yang inovatif, berkesan yang menepati standard penyelidikan, pembangunan dan perkilangan yang tertinggi di dalam industri.
R & D
PENYELIDIKAN & PEMBANGUNAN (R&D)
Herbalife berkomited untuk menetapkan standard dI mana kesemua syarikat nutrisi diukur. Kami melanjutkan sains nutrisi melalui penyelidikan sains yang dijalankan di serata dunia. Sejak 2003, kami telah meningkatkan perbelanjaan penyelidikan dan pembangunan secara ketara untuk memajukan proses pembangunan produk.

Pada 2011 syarikat telah berbelanja hampir $25 juta dalam gabungan bidang saintifik R&D, operasi teknikal, hal-ehwal saintifik, kawalan mutu/ jaminan kualiti, keselamatan produk dan pematuhan. Syarikat turut membelanjakan tambahan $11 juta dalam hal-ehwal nutrisi, perlesenan produk dan pencarian sumber yang strategik.

Di Herbalife, terdapat 180 saintis warga kerja, di mana 19 daripada mereka memiliki Ph.D. Warga kerja dalaman syarikat disokong oleh 30 saintis konsultan, kesemuanya berkelulusan Ph.D. Mulai Januari 2011 sehingga kini (Mac 2012), syarikat teleh mengikthiarkan 12 kajian klinikal, di mana lima daripadanya mempunyai kaitan yang khusus dengan produk Formula 1.

Nota: Formula 1 ialah produk yang sedia ada, dan tidak termasuk di dalam perbelanjaan R&D yang dilaporkan di bawah peraturan FASB semasa, yang hanya membenarkan perbelanjaan yang diklasifikasikan sebagai R&D sekiranya mereka adalah berkaitan dengan produk baharu atau melibatkan perubahan “ketara” pada produk yang sedia ada.


Quality Assurance
JAMINAN KUALITI
Integriti produk, keselamatan dan keberkesanan adalah satu keutamaan bagi produk Herbalife. Kami telah melabur di dalam teknologi baharu dan penyelidikan sebagai sebahagian daripada komitmen kami untuk membekalkan produk nutrisi yang inovatif berasaskan sains. Bahan-bahan yang digunakan di dalam produk kami boleh didapati di dalam kebanyakan makanan. Sumber bahan-bahan (termasuk bahan botanikal) diperoleh secara global daripada pembekal yang bereputasi baik dan produk kami dikilangkan mengikut standard kualiti yang ditetapkan. Kualiti produk disahtentukan di makmal dalaman dengan mengguna peralatan pengujian yang paling canggih. Kumpulan kualiti Herbalife mengendalikan audit dan pemeriksaan secara tetap ke atas pembekal dan penilang kontrak untuk memastikan pematuhan.
Quality Assurance  

Manufacturing
PERKILANGAN
Herbalife memenuhi keperluan berkaitan semua badan kawal selia di mana sahaja kami mengendalikan urusan perniagaan. Di Amerika Syarikat, semua produk kami mematuhi dengan dan dilabelkan mengikut peraturan Food and Drug Administration (FDA). Di luar Amerika Syarikat, kami mematuhi dengan dan dikawal selia oleh beberapa kementerian kesihatan dan agensi standard makanan di manan kami mengendalikan perniagaan. Melalui pengambilalihan asset Micelle Laboratories, pengilang kontrak makanan dan suplemen pemakanan di California, kami dapat meningkatkan pembangunan produk secara global dan rantaian pembekalan untuk memberikan sokongan yang lebih bagus kepada Pengedar Bebas kami yang berdedikasi. Ia membolehkan kami mempercepatkan kemasukan ke pasaran untum produk baharu di samping mengawal kualiti dalam setiap langkah proses perkilangan daripada bahan mentah kepada produk siap –adalah sebahagian daripada komitmen berterusan kami ke arah kecemerlangan.
Clinical Studies
KAJIAN KLINIKAL

Kini, kami sedang ,mengendalikan beberapa kajian klinikal dengan beberapa universiti terkemuka di serata dunia untuk benchmark keberkesanan beberapa produk. Tiga kajian klinikal mengguna Formula 1 Nutritious Soy Mixed Powder telah dijalankan: satu di UCLA*, Amerika Syarikat, satu di University of Ulm, Jerman dan satu lagi di Seoul National University Hospital di Korea. Kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa pengambilan shake Formula 1 setiap hari sebagai pengganti hidangan adalah satu cara yang berkesan untuk menguruskan berat badan. Kajian klinikal mengguna NW Formula juga dikendalikan di UCLA dan kesimpulannya adalah bahawa ambang anaerobik di kalangan kaum lelaki di dalam lingkungan umur 50 dan 73 meningkat apabila NW Formula diambil setiap hari.

* University of California sebagai polisi tidak mengendors mana-mana produk atau perkhidmatan yang spesifik

Science Nab
LEMBAGA PENASIHAT NUTRISI (NAB)
Sebagai lanjutan kepada komitmen kamit terhadap kualiti dan intergriti saintifik, Herbalife telah menetapkan Lembaga Penasihat Nutrisi  (NAB) yang merangkumi pakar-pakar terulung di dalam bidang nutrisi dan kesihatan yang membantu mendidik dan melatih Pengedar Bebas kami di dalam prinsip-prinsip nutrisi, kegiatan fizikal dan gaya hidup sihat.
Herbalife adalah Ahli Berbangga dengan Persatuan Jualan Langsung dan Penandatangan DSA Kod Etika


ms-MY | 17/12/2017 5:08:43 | NAMP2HLASPX02