Adiq Husainie Othman
Adiq-Husaini-Othman_Face-Pic
Duta Sukan Herbalife Adiq Husainie Othman, Pelumba Basikal

Anak jati Terengganu Adiq, sangat menggemari sukan roda dua ini sejak dia mula berjinak-jinak dengannya pada usia 13 tahun. Sebagai peminat sukan yang aktif sejak muda, dia sentiasa memastikan dirinya terus sihat dan cergas. Buat masa sekarang, Adiq menjadi pelumba basikal sepenuh masa dengan pasukan Terengganu Pro Asia Cycling 2017.

Dia menyasarkan untuk menjadi ahli sukan/legenda dalam sukan berbasikal di Malaysia dan ingin berkongsi pengetahuan serta pengalamannya bagi membantu pelumba basikal remaja berjaya dalam sukan ini. Kemuncak kariernya adalah ketika dia mewakili Malaysia untuk lumba basikal di Sukan Olimpik London pada 2012.

Berikut adalah beberapa kejayaan yang dikecap oleh Adiq dalam kariernya:

2017 Jelajah Malaysia, Tempat Pertama
2016 Le Tour de Langkawi, Pemenang White Jersey (Kedua, HC)
2015 Le Tour de Langkawi, Ketiga, (Kedua, HC)
2012 Kejohanan Lumba Basikal Asia, Perlumbaan Jalan Raya, Tempat Kedua
2012 Kejohanan Lumba Basikal Asia U18 (18 tahun ke bawah), Perlumbaan Jalan Raya, Tempat Kedua
2012 Penyertaan dalam Perlumbaan Jalan Raya di Sukan Olimpik
2011 Jelajah Brunei, Tempat Kedua Keseluruhan GC
2011 Jelajah Hainan, Tempat Kesembilan Keseluruhan (Kedua, HC)
2009 Kejohanan Trek Remaja Dunia, Perlumbaan Scratch, Tempat Ketiga

Adiq serius dalam menjaga kesihatan, nutrisi dan kecergasannya. Katanya, “Selepas gigih berlatih, saya memulihkan diri saya dengan shake Herbalife yang bernutrisi dan enak. Saya sudah menggunakan rangkaian produk Herbalife sejak beberapa tahun yang lepas dan cukup menggemarinya! Yang utamanya, ia menyediakan saya dengan nutrisi yang sangat diperlukan dan tenaga untuk mengayuh dengan pantas. Saya bangga menjadi sebahagian daripada keluarga Herbalife.”

Herbalife adalah Ahli Berbangga dengan Persatuan Jualan Langsung dan Penandatangan DSA Kod Etika


ms-MY | 18/01/2018 17:52:19 | NAMP2HLASPX01