Irene Chong
Irene-Chong-See Win-Face-Pic
Irene Chong, Duta Sukan Herbalife

Irene mula melibatkan diri di dalam sukan renang secara kompetitif semasa berusia lima tahun. Seterusnya ketika berumur 13 tahun, Irene beralih kepada berenang segerak (synchonized swimming) dan kemudian mula berkecimpung di dalam sukan triatlon pada usia 18 tahun.

Irene menimba inspirasinya dari keazaman untuk memperbaiki dirinya setiap kali dan sifatnya yang tidak mudah menyerah kalah. Sejak penglibatannya dalam sukan triatlon, dia telah menyertai banyak siri triatlon dan kini muncul sebagai atlet triatlon wanita yang terpantas di Malaysia. Kemuncak kejayaannya ialah memenangi pingat gangsa dalam Sukan SEA 2017 baru-baru ini.

Sejak dari awal lagi, Irene berminat untuk mengendalikan klinik latihan dan sekolah bimbingan khusus dalam sukan triathlon untuk sesiapa yang berminat dalam sukan ini. Irene ingin memupuk kesedaran tentang sukan ini di kalangan warga Malaysia dan berharap untuk mempopularkannya pada suatu masa nanti.

.
Herbalife adalah Ahli Berbangga dengan Persatuan Jualan Langsung dan Penandatangan DSA Kod Etika


ms-MY | 20/04/2018 15:21:49 | NAMP2HLASPX02