Edan Syah
Edah-Syah_Face-Pic
Duta Sukan Herbalife Edan Syah, Pelari Maraton (42.195km)

Tujuh tahun dahulu, Edan menyedari bahawa dia berpotensi menjadi seorang pelari yang hebat apabila kebolehannya berlari semakin meningkat dan mula menunjukkan kemajuan yang mengatasi pencapaian lampau. Ia memberinya inspirasi untuk mengejar impiannya untuk berlari dan mencapai potensi maksimum. Dia kini menemui hala tuju hidupnya melalui berlari dengan harapan akan mencapai yang terbaik daripada dirinya dan juga untuk memberi inspirasi kepada orang lain untuk berusaha mencapai impian mereka juga.

Edan bercita-cita menjadi rakyat Malaysia yang pertama melayakkan diri bagi acara maraton penuh di Sukan Olimpik di Tokyo pada 2020. Dia ingin menaikkan tahap sukan berlari ke peringkat yang seterusnya dengan menyebarkan pengetahuan dan pengalaman kepada komuniti berlari dan membantu menggalakkan perkembangan pelari yang terbaik untuk negara.

Pencapaian penting dalam karier berlarinya adalah seperti berikut:

2017 - Maraton Antarabangsa Barossa (acara diperakui AIMS), Juara. Memecahkan rekod padang untuk maraton penuh dalam 2 jam 32 minit.
July 2017 - Maraton Lapangan Terbang Gold Coast, waktu terbaik Peribadi 2:30
2017 - Melayakkan diri untuk acara tahunan Maraton Boston selama empat tahun dan menyertai larian Maraton Boston edisi ke-121
2016 - Pelari marathon terpantas Malaysia
2015 - Melayakkan diri untuk acara tahunan Maraton Boston sejak empat tahun dan menyertai larian Maraton Boston edisi ke-191

Dengan sokongan nutrisi produk Herbalife H24 dan suplemen harian semasa berlatih, Edan berupaya mengekalkan kesihatan dan keadaan fizikalnya. Dia menerangkan bahawa, “Nutrisi yang seimbang daripada Herbalife membuatkan saya kekal bertenaga dan kuat untuk terus berlatih setiap hari.” Pencapaian paling tingginya dalam sukan berlari adalah apabila dia menjadi pelari maraton Malaysia yang terpantas pada 2016!

Herbalife adalah Ahli Berbangga dengan Persatuan Jualan Langsung dan Penandatangan DSA Kod Etika


ms-MY | 18/01/2018 17:52:28 | NAMP2HLASPX01