Riki Shinozuka
Rikigoro-Shinozuka_Face-Pic
Duta Sukan Herbalife Riki Shinozuka, Triatlet

Riki berkecimpung dalam sukan triatlon sejak enam tahun yang lalu, berlatarbelakangkan sukan renang serta trek dan padang di sekolah. Menyahut cabaran tiga jenis sukan, iaitu berenang, lumba basikal dan berlari yang digabungkan, menjadi pembakar semangat kepadanya untuk bersaing buat pertama kalinya dalam acara sukan triatlon peringkat remaja. Sejak mencipta kejayaan sebagai johan pada usia 16 tahun, Riki tidak lagi menoleh ke belakang!

Riki telah mewakili Malaysia dalam beberapa kejohanan triathlon seperti:
2015 - Sukan SEA Singapura, Pingat Perak

201 - Kejohanan Dunia Remaja Triatlon, Edmonton

2013 - Kejohanan Dunia Remaja Triatlon, London

Kejohanan Kebangsaan Malaysia

“Saya berpendapat bahawa tahap ketahanan dan kecergasan saya yang tinggi adalah berpunca daripada bimbingan nutrisi–berbekalkan matlamat yang khusus dan tersasar–daripada produk-produk Nutrisi Sukan Herbalife dan Herbalife24. Saya bertekad untuk berusaha dengan gigih untuk masa depan yang lebih sihat dan cerah berbekalkan sokongan Herbalife dan berharap dapat bersaing di Tokyo 2020 dan/atau Sukan Olimpik 2024,” kata Riki.

Herbalife adalah Ahli Berbangga dengan Persatuan Jualan Langsung dan Penandatangan DSA Kod Etika


ms-MY | 20/04/2018 15:21:32 | NAMP2HLASPX02